Jerebu mungkin tak teruk tahun ini

Walaupun terdapat kemungkinan curahan hujan lebih banyak dalam beberapa bulan akan datang, tetapi lebih banyak kawasan mudah terbakar mungkin bertambah sepanjang musim kemarau dan panas. - Gambar hiasan
Walaupun terdapat kemungkinan curahan hujan lebih banyak dalam beberapa bulan akan datang, tetapi lebih banyak kawasan mudah terbakar mungkin bertambah sepanjang musim kemarau dan panas. - Gambar hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Musim kering di rantau selatan ASEAN telah bermula dan dijangka berlanjutan hingga Oktober 2021, menurut Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC).

"Musim kering dikaitkan dengan bermulanya Monsun Barat Daya di rantau ini," kata ASMC dalam laman webnya pada Jumaat.

Pusat itu merujuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sebagai wilayah selatan ASEAN.

Sepanjang tempoh ini, pusat itu menyatakan di khatulistiwa Lautan Pasifik diramalkan berada dalam keadaan neutral tanpa pembentukan El Niño atau La Niña.

Bagaimanapun, di khatulistiwa timur perairan Lautan Hindi secara beransur-ansur menjadi panas dan diramalkan lebih panas berbanding biasa pada minggu berikutnya.

"Fenomena iklim ini, yang dikenali fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD), kebiasaannya membawa lebih banyak hujan ke wilayah ini," katanya.

Untuk tempoh Julai hingga Oktober, ASMC menyatakan curahan hujan diramal melebihi purata di kebanyakan bahagian di wilayah selatan ASEAN.

Cuaca hujan baru-baru ini di kebanyakan kawasan di rantau selatan ASEAN telah membantu mengurangkan pembentukan kawasan panas di kawasan yang sering tercetus kebakaran.

Artikel Berkaitan:

Walaupun terdapat kemungkinan curahan hujan lebih banyak dalam beberapa bulan akan datang, tetapi lebih banyak kawasan mudah terbakar mungkin bertambah sepanjang musim kemarau dan panas.

Fenomena monsun barat daya bermaksud angin tekanan rendah di rantau ini bertiup dari arah tenggara atau barat daya, dan kadang-kadang dari arah barat.

"Jerebu akan melanda andai asap kebakaran ditiup angin ke negara jiran," katanya.

ASMC menjangkakan kebarangkalian berlakunya episod jerebu teruk seperti 2015 (El Niño) dan 2019 (tahun IOD positif) adalah rendah tahun ini.

Meskipun begitu, langkah pencegahan awal perlu diambil untuk mencegah terjadinya jerebu rentas sempadan di rantau ini.

Maklumat lanjut dan terkini mengenai cuaca dan jerebu boleh didapati di laman web ASMC di http://asmc.asean.org. - Bernama