Berita UtamaDunia

Pengganas Israel roboh 421 kediaman Palestin sejak awal 2021

592 orang kehilangan tempat tinggal akibat perobohan: UNOCHA

GAZA, 1 Zulhijjah 1442H, Ahad – Pihak berkuasa pendudukan Israel telah merobohkan 421 kediaman Palestin sejak awal tahun 2021, dedah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA) dalam laporannya baru-baru ini.

“Setakat ini pada tahun 2021, pihak berkuasa Israel telah merobohkan, merampas atau memaksa orang untuk merobohkan sekurang-kurangnya 421 struktur milik Palestin, termasuk 130 yang dibiayai oleh penderma (di Tebing Barat),” menurut laporan itu.

Ia juga menyatakan bahawa seramai 592 orang, termasuk sekitar 320 anak-anak telah kehilangan tempat tinggal akibat perobohan dan penyitaan rumah-rumah Palestin ini.

“Ini memaparkan peningkatan kemusnahan sebanyak 24 peratus dalam struktur yang disasarkan, peningkatan hampir 110 peratus dalam struktur yang didanai oleh penderma.

“Serta peningkatan lebih daripada 50 peratus orang yang kehilangan tempat tinggal, dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2020,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button