Dunia

87 cedera, Israel serang penunjuk perasaan Palestin di Tebing Barat

Rejim guna gas pemedih mata, peluru hidup turut sasar pekerja kesihatan

RAMALLAH, 22 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Sebanyak 87 rakyat Palestin cedera pada Jumaat akibat serangan gas pemedih mata yang dilemparkan rejim pengganas Israel ke arah penunjuk perasaan di Tebing Barat yang dijajah.

Terdahulu, penduduk Palestin mengadakan demontrasi menentang penempatan haram Yahudi di pelbagai kawasan di Tebing Barat, terutama Beita di Nablus dan kampung Beit Dajan. 

Bagaimanapun, demontrasi itu diganggu pasukan pengganas Israel dengan menggunakan gas pemedih mata, peluru hidup dan getah. 

Rakyat Palestin kemudian bertindak balas dengan melemparkan batu. 

Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu, tiga orang cedera akibat serangan peluru hidup dan 84 lagi dengan peluru getah. 

Serangan Israel bukan hanya menyasarkan penunjuk perasaan, tetapi juga pekerja kesihatan. 

Tabung gas pemedih mata dilemparkan ke arah cermin hadapan ambulans dan menyebabkan pekerja kesihatan yang berada di dalam kenderaan cedera.

Manakala, dua lagi pekerja kesihatan sukarelawan Palestin cedera akibat terkena peluru getah. 

Dianggarkan 650,000 penjajah Yahudi di penempatan Tebing Barat, termasuk di Baitulmaqdis. 

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penjajahan itu adalah tidak sah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button