‘Satu kesalahan jika ada usaha MKT UMNO keluar kerajaan’

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sekiranya terdapat usaha di pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Parlimen dibubar, ia adalah satu kesalahan dan mereka patut diambil tindakan, tegas Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) itu berkata, ini kerana keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menjadi panduan kepada ahli parti ialah menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan dan ‘no Anwar, no DAP’.

“Ini bermakna ahli-ahli Parlimen UMNO akan berpegang kepada arahan tersebut dan akan terus berada dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

“Tidak boleh mana-mana pihak termasuk MKT untuk ‘overrule’ keputusan PAU,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

UMNO Pusat dilapor sedang memanggil ahli Parlimennya secara berperingkat untuk mendapat perakuan bersama meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

Memetik sumber parti yang layak dipercayai, Utusan Malaysia melaporkan lebih 10 ahli Parlimen yang juga ahli MKT UMNO dipanggil menemui Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan di pejabat parti itu.

Shahidan yang merupakan Ahli Parlimen Arau menambah, sekiranya mahu dipinda keputusan, ia hendaklah dipinda oleh PAU dan bukannya MKT.

“Walaupun dalam ucapan perhimpunan ada beberapa peristiwa berlaku di mana perwakilan bangun menyokong termasuklah supaya tarikh menentukan bila nak keluar dibuat oleh MKT.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi itu hanya ucapan dan bukan keputusan. Keputusan parti adalah berdasarkan usul yang dibawa oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan usul yang disahkan Naib Presiden UMNO bahawa tidak ada pindaan daripada usul itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MKT UMNO tidak boleh atasi keputusan PAU: Nazri