AMK susun semula barisan kepimpinan

AMK
AMK
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengambil langkah progresif dengan melaksanakan penyusunan semula barisan majlis kepimpinan dan rombakan jawatankuasa organisasi AMK Perlis dan Selangor.

AMK menerusi kenyataan di Facebooknya pada Isnin berkata, pelaksanaan itu berikutan usul khas berkaitan pemanjangan tempoh memegang jawatan bagi sesi kepimpinan 2018/2021 yang telah diluluskan semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-15 yang lalu.

“AMK memandang keputusan usul tersebut sebagai satu isyarat untuk seluruh jentera parti bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Justeru, rombakan strategik ini adalah bagi memastikan gerak kerja yang lebih kemas dan tersusun khususnya untuk menarik pengundi anak muda,” katanya.

AMK berkata, pihaknya akan memastikan penerapan idealisme reformasi dapat terus berjalan bagi mendepani situasi politik yang kian mencabar.

“Melalui penyusunan ini diharap seluruh barisan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK) dan organisasi AMK negeri dapat terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dalam usaha untuk mengetengahkan isu-isu, selain membela nasib anak muda negara,” katanya.

Artikel Berkaitan: