Dumfries wira Belanda

Dumfries melonjak tinggi bagi menanduk masuk gol ketiga yang juga gol kemenangan Belanda pada perlawanan berkenaan.
Dumfries melonjak tinggi bagi menanduk masuk gol ketiga yang juga gol kemenangan Belanda pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

BEK kanan Belanda, Denzel Dumfries muncul wira pasukannya itu apabila tandukannya pada minit ke-85 membantu melakar kemenangan 3-2 ke atas Ukraine pada aksi Kumpulan C Euro 2020 di Johan Cryuff Arena, Amsterdam, pada awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, Belanda dipaksa berhempas pulas di sepanjang separuh masa pertama apabila taktikal ‘parkir bas’ oleh Ukraine berjaya mengekang asakan-asakan yang dilancarkan hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Belanda kian menggandakan asakan dan memperolehi gol pertama hasil jaringan kapten, Georginio Wijnaldum pada minit ke-52 sebelum penyerang, Wout Weghorst meledak gol kedua pada minit ke-58.

Bagaimanapun, Ukraine berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Andriy Yarmolenko pada minit ke-74, sebelum Roman Yaremchuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74.

Ketika perlawanan seolah-olah akan tamat dengan kedudukan 2-2, bek kanan Dumfries yang naik ke atas bagi membantu jentera serangan, berjaya menanduk masuk gol ketiga yang juga gol kemenangan skuad Oranje itu pada minit ke-85.

Dumfries muncul wira Belanda apabila tandukannya pada minit ke-85 membantu melakar kemenangan 3-2 ke atas Ukraine pada aksi Kumpulan C Euro 2020 di Johan Cryuff Arena, Amsterdam, awal pagi Isnin.
Dumfries muncul wira Belanda apabila tandukannya pada minit ke-85 membantu melakar kemenangan 3-2 ke atas Ukraine pada aksi Kumpulan C Euro 2020 di Johan Cryuff Arena, Amsterdam, awal pagi Isnin.

Artikel Berkaitan: