'Tak ada kerja cipta surat palsu'

AHMAD
AHMAD
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan tujuan sebenar pihak yang rancak berkongsi berita palsu atau 'fake news' di media sosial.

Ahli Parlimen Pontian itu turut mempertikaikan tujuan kumpulan terbabit yang dilihat mempunyai banyak sebab negatif termasuk bertujuan melaga-lagakan individu dan masyarakat.

"Apakah tujuan seorang atau sesuatu kumpulan mencipta berita atau cerita atau surat palsu atau 'fake news'?

"Melaga-lagakan, inginkan perhatian, inginkan simpati, tak ada kerja lain, stress masa #PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saja-saja, suka-suka, tak takut dosa, gila-gila agaknya dan sebab-sebab yang lain," ciap Ahmad di Twitternya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan menafikan UMNO melucutkan keahlian Ahli Parlimen Sembrong yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menerusi laporan UMNO Online, beliau mengesahkan surat perlucutan tersebut yang tular di media sosial itu sebagai palsu.

“Saya sahkan tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan hari ini apatah lagi perlucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat,” katanya.

Sebelum ini, sepucuk surat tular mendakwa Hishammuddin dilucutkan keahlian UMNO serta-merta malah ada dakwaan Ahli Parlimen Sembrong sedang melakukan penjajaran politik baharu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO nafi pecat Hishammuddin