Berita UtamaDunia

Rejim pengganas Israel tangkap pemimpin Hamas di Tebing Barat

Dua lagi pejuang terkorban ketika bongkar senjata Zionis di kawasan dikepung

TEBING BARAT, 22 Syawal 1442H, Khamis – Rejim pengganas Israel telah menahan seorang pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin ( Hamas) di Tebing Barat yang diduduki atas alasan menubuhkan pangkalan bagi kumpulan Islam Palestin di wilayah itu.

Pasukan khas menangkap Sheikh Jamal al-Tawil di bandar Ramallah pada malam Selasa, kata tentera.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem di Gaza mengesahkan penangkapan itu.

“Penangkapan tentera terhadap pemimpin gerakan, Jamal al-Tawil tidak akan memadamkan suara penentangan di Tebing Barat,” tegasnya.

Penangkapan itu berlaku selepas gencatan senjata yang diketuai Mesir pada 21 Mei lalu sekali gus menghentikan pengeboman mengerikan selama 11 hari, susulan lonjakan ketegangan di Baitulmaqdis

Semalam, jurucakap Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas di Gaza, Iyad al-Bozom berkata, dua lagi pejuang Hamas terkorban ketika membongkar senjata Israel di kawasan dikepung.

Israel telah menahan puluhan anggota Hamas dalam beberapa minggu lepas di Tebing Barat, termasuk mereka yang telah merancang untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya Palestin yang dijadualkan akhir Mei – namun ditangguhkan oleh Presiden Mahmud Abbas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button