Cubaan seludup 'pod vape' ke Thailand gagal

Cubaan menyeludup 3,932 'pod vape' bernilai RM117,960 ke Thailand gagal apabila berjaya dipatahkan oleh PGA Batalion 7 Kuantan di pangkalan haram Pak Su Rani, Rantau Panjang awal pagi Sabtu.
Cubaan menyeludup 3,932 'pod vape' bernilai RM117,960 ke Thailand gagal apabila berjaya dipatahkan oleh PGA Batalion 7 Kuantan di pangkalan haram Pak Su Rani, Rantau Panjang awal pagi Sabtu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan menyeludup 3,932 'pod vape' bernilai RM117,960 ke Thailand gagal susulan dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan di pangkalan haram Pak Su Rani, dekat sini, awal pagi Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan pada jam 12.30 pagi itu dilakukan menerusi rondaan rutin yang dilakukan di kawasan pangkalan haram tersebut.

"Semasa melakukan rondaan, anggota PGA melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah beberapa kotak dari dalam perahu ke tebing pangkalan haram Pak Su Rani," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sejurus menyedari kehadiran anggota PGA, kesemua lelaki tersebut melarikan diri ke arah negara jiran menggunakan perahu.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kotak tersebut membawa kepada penemuan 'pod vape'.

Azhari berkata, kesemua barang kes dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtek) Rantau Panjang Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: