UMNO nafi laporan MKT tolak kerjasama Bersatu, PN

UMNO menafikan laporan keputusan MKT parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional pada PRU akan datang. - Gambar hiasan
UMNO menafikan laporan keputusan MKT parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional pada PRU akan datang. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – UMNO menafikan laporan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu menolak kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) pada pillihan raya umum akan datang.

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO berkata, sebarang keputusan MKT adalah tidak sahih melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau pimpinannya.

“Ibu pejabat (UMNO) memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat MKT.

“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu dan PN atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Memetik sumber, media melaporkan pucuk pimpinan UMNO memutuskan untuk berpisah daripada Bersatu dan gabungan PN pada pilihan raya umum akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sudah ada keputusan tetapi tidak begitu dramatik'

Mesyuarat MKT UMNO sah bersidang malam ini

Artikel Berkaitan:

Keputusan di tangan MKT UMNO