MKT UMNO 'tutup mulut'

Mesyuarat MKT UMNO yang bersidang pada Jumaat berakhir jam 12.30 tengah malam tadi. - Gambar hiasan
Mesyuarat MKT UMNO yang bersidang pada Jumaat berakhir jam 12.30 tengah malam tadi. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO enggan mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan pada Jumaat sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Ahli MKT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan enggan memberikan komen berhubung mesyuarat yang telah diadakan.

“Mesyuarat itu tidak boleh kongsi dengan sesiapa. Saya tiada komen.

“Dalam keadaan sekarang, kita nak selesaikan masalah politik tanpa banyak sangat spekulasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Mesyuarat MKT UMNO bersidang di Janda Baik, Pahang pada Jumaat malam.
Mesyuarat MKT UMNO bersidang di Janda Baik, Pahang pada Jumaat malam.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Besatu atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Seorang ahli MKT mengesahkan menerima notis panggilan mesyuarat itu yang berlangsung di Akademi UMNO Janda Baik, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesyuarat MKT UMNO sah bersidang malam ini

Artikel Berkaitan:

Keputusan di tangan MKT UMNO

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda UMNO yang juga ahli MKT, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut enggan memberikan komen berhubung keputusan hasil mesyuarat terbabit.

“Tiada komen. Kena tanya pimpinan,” jawabnya ringkas.

Ahli MKT, Datuk Jalaluddin Alias pula ketika dihubungi memaklumkan beliau tidak hadir dalam mesyuarat itu.

“Saya tidak hadir,” katanya.

Seorang lagi ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak ada kenyataan media yang akan dikeluarkan olehnya.