Rakyat bosan dengan permainan politik negara: Syed Saddiq

Syed Saddiq ketika bertemu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Sabtu. - Foto Facebook Syed Saddiq
Syed Saddiq ketika bertemu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Sabtu. - Foto Facebook Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan rakyat sudah bosan dengan permainan politik semasa negara.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, permainan politik tersebut tidak akan menolong mana-mana parti untuk maju membangunkan negara.

Menurutnya, banyak lagi potensi yang tersembunyi dan perlu digilap dengan baik.

“Rakyat Malaysia sudah bosan dengan iklim politik semasa. Itu tidak menolong mana-mana daripada kita untuk maju sebagai sebuah negara.

“Terdapat begitu banyak potensi tersembunyi yang mesti dibuka dan saya percaya politik semasa menghalang kita untuk melakukannya.

“Kita perlu melupakan perkara tersebut, kita memerlukan satu kumpulan pemimpin yang mampu memajukan negara bukannya pertunjukan satu lawan satu,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Syed Saddiq berkata demikian semasa mengadakan satu pertemuan bersama Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Sabtu.

Katanya, beliau merupakan seorang senior politik yang mengamalkan berbilang kaum dan juga perpaduan.

Artikel Berkaitan: