Pas mesyuarat bincang isu UMNO-Bersatu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pas hari ini mengadakan satu mesyuarat dipercayai bagi membincangkan isu politik semasa terutama berkaitan hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mesyuarat di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi itu difahamkan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut portal Malaysiakini, mesyuarat terbabit melibatkan pemimpin utama Pas, bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dilihat meninggalkan bangunan pejabat itu pada jam 10.30 pagi.

Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad pada Khamis berkata, parti tersebut akan membincangkan keputusan yang dibuat UMNO berkaitan memutuskan hubungan dengan Bersatu bagi Pilihan Raya umum (PRU) 15, hari ini.

Manakala, Pemimpin Veteran Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pada Jumaat berkata, Pas akan terus berusaha agar UMNO menyedari bahawa kepentingan untuk terus kekal dalam gabungan.

Mahfodz berkata, ketiga-tiga parti Melayu-Islam di negara ini perlu kekal bersama bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Artikel Berkaitan: