Pegawai kanan, dua anggota Jabatan Imigresen ditahan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Sorang pegawai kanan dan dua anggota Jabatan Imigresen Malaysia ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan penggunaan guna cop palsu keluar dan masuk di sempadan negara.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu berusia antara 38 dan 54 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Selat dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

"Setakat semalam, SPRM sudah menahan 50 individu dalam Op Selat berkaitan pemalsuan cop kemasukan bagi melintasi sempadan negara melibatkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sumber berkata, selain itu wang tunai berjumlah RM800,000, 26 kereta mewah, serta empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam Ops berkenaan dan belum mengambil kira harta-harta lain yang terlibat seperti rumah, tanah, barang-barang kemas dan sebagainya.

Sumber itu menjelaskan modus operandi sindiket berkenaan dalam mengatur 'setting' di kaunter-kaunter Imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2, yang menurutnya turut didalangi ejen di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan pegawai imigresen, tiga ejen, rampas empat kereta mewah

Palsu cap sempadan: 13 termasuk sembilan anggota imigresen direman

Terdahulu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung sindiket terbabit.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Isnin lalu, SPRM dilaporkan menahan 46 individu termasuk 27 pegawai Jabatan Imigresen dalam serbuan serentak di empat negeri yang disyaki terlibat dengan sindiket penggunaan guna cop palsu keluar dan masuk di sempadan negara.

Op Selat itu digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang membabitkan serbuan di Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.