'BN bukan kaki bodek'

Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sedia menegur kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya terdapat perkara yang tidak dipersetujui dan tidak memihak kepada rakyat.

Setiausaha Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Noh Omar berkata, BN yang menyokong PN akan memastikan suara rakyat diberi perhatian kerajaan Persekutuan.

"Kalau betul (apa yang dilakukan kerajaan PN), kami (ahli Parlimen BN) katakan betul dan kalau ada yang tak kena, kami akan tegur bukan sekadar nak jadi kaki bodek," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau malam tadi.

Noh sebelum ini memaklumkan, ahli Parlimen BN akan membawa pelbagai isu yang dekat dengan rakyat dalam perbahasan nanti.

Beliau berkata, ia termasuklah isu kesihatan semasa khususnya dalam melawan pandemik koronavirus (Covid 19).

Beliau menjelaskan, pihaknya turut berbincang dengan Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan ucapan perbahasan Belanjawan 2021.

Artikel Berkaitan: