Warga emas rempuh anggota polis direman

Laporan Sinar Harian mengenai kejadian dua polis dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki warga emas dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini semalam.
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian dua polis dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki warga emas dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini semalam.
A
A
A

PARIT - Lelaki warga emas yang merempuh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah direman empat hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, suspek berusia 64 tahun itu direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, anggota lelaki dan wanita berusia 32 tahun dan 26 tahun yang cedera ringan dalam kejadian itu telah menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang.

"Dua anggota dari Balai Polis Seri Iskandar itu telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan menunggu laporan ujian darah. Berdasarkan rekod hospital, suspek ada menghidap penyakit kencing manis," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan dua anggota polis cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu suspek hingga tercampak ke bahu jalan.

Kejadian itu telah merosakkan dua unit motosikal dan sebuah kereta Proton Preve milik PDRM.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anggota polis cedera dirempuh kereta di balai polis

Artikel Berkaitan: