MTUC masih terima aduan majikan paksa pekerja cuti tanpa gaji

Mohd Effendy
Mohd Effendy
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memaklumkan mereka menerima aduan yang mengatakan ada majikan memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

Pemangku Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, isu tersebut didapati terus berlaku walaupun kerajaan telah mengumumkan akta Covid-19 2020 pada minggu lepas.

“Malahan ada juga isu majikan yang memotong gaji semasa tempoh pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Effendy meminta agar semua pihak terutamanya ahli politik untuk lebih fokus membantu rakyat khususnya dalam hal berkaitan survival pekerja dari segi ekonomi negara dan pendapatan pekerja.

Katanya, semua ahli politik buat masa ini perlu memikirkan keselamatan rakyat terutama pekerja di negara ini daripada meneruskan drama politik.

“MTUC berharap semua ahli politik yang dipilih oleh rakyat tanpa mengira parti politik hendaklah berganding bahu bersama kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama dalam menangani isu-isu pekerja dalam tempoh pandemik ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: