Muhyiddin minta UMNO perinci perjanjian baharu dengan PN

Ahmad (tengah) menyampaikan bantuan mahasiswa di Benut hari ini.
Ahmad (tengah) menyampaikan bantuan mahasiswa di Benut hari ini.
A
A
A

PONTIAN - UMNO diminta menghantar surat rasmi mengandungi perincian syarat baharu mengenai kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta surat berkenaan yang disampaikan menerusi Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

"Permintaan tersebut adalah susulan sesi sidang video antara Perdana Menteri dan saya selaku Setiausaha Agung UMNO serta Bendahari Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada petang Rabu lalu.

"Pada sesi berkenaan, sebahagian yang dibincangkan merupakan perkara berkaitan syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis berdasarkan keputusan Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO pada Selasa lalu," katanya selepas Majlis Bantuan kepada Mahasiswa bagi Parlimen Pontian di Benut di sini, hari ini.

Beliau menegaskan surat rasmi berkenaan hanya akan dihantar selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat pada Selasa ini di Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lagi Ahli Parlimen hantar surat mohon usul undi tak percaya

Ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengatakan syarat baharu UMNO kepada PN merupakan ugutan politik, Ahmad menjelaskan, perkara itu terpulang kepada pandangan masing- masing.

"Saya hanya mengemukakan fakta bahawa Barisan Nasional (BN) ada nombor yang menunjukkan jumlah Ahli Parlimen terbanyak iaitu 59 kerusi.

Artikel Berkaitan:

"Syarat baharu dibuat selepas UMNO meneliti perkembangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana perlu ada perjanjian bertulis," kata beliau.