Anwar nafi miliki syarikat tersenarai di Bursa Saham

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak khabar angin yang mengaitkannya dengan syarikat tersenarai awam tertentu di Bursa Malaysia.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, dakwaan itu palsu dan berniat menipu pembeli saham.

“Saya difahamkan tersebar khabar angin di pasaran saham yang mengaitkan nama saya dengan kaunter-kaunter tertentu di Bursa Malaysia.

“Ini tidak benar sama sekali. Ingin ditegaskan bahawa saya tidak memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu para pembeli saham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau menggesa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini supaya pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu,” katanya.

Artikel Berkaitan: