74 ADUN Sabah angkat sumpah

Seramai 74 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya hari ini.
Seramai 74 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 74 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk empat ADUN dilantik mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Majlis angkat sumpah dimulakan pada jam 2 petang tadi di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Upacara mengangkat sumpah didahului oleh ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, diikuti ADUN Tambunan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan ADUN Kundasang, Dr Joachim Gunsalam.

Selain itu, upacara angkat sumpah turut dilaksanakan oleh 13 ADUN dari DUN baharu iaitu Bengkoka, Limbahau, Telupid, Lamag, Kukusan, Bandau, Sungai Manila, Segama, Pintasan, Tanjung Keramat, Pantai Dalit,Tulid dan Darau.

Empat ADUN dilantik iaitu Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan; Bendahari UMNO Sabah, Suhaimi Nasir; Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Libaran, Jaffari Waliam turut mengangkat sumpah dalam majlis itu.

Sementara itu, seramai lima ADUN tidak hadir dalam upacara itu iaitu ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor selepas beliau menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula semalam serta ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; ADUN Bugaya, Datin Manis Muka Mohd Darah; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; dan Timbalan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Amisah Yassin.

Dalam PRN lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 38 kerusi daripada 73 keseluruhan kerusi sekali gus berjaya membentuk kerajaan baharu yang diketuai oleh Hajiji.

Warisan Plus yang terdiri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), DAP, PKR dan Amanah hanya memenangi 32 kerusi.

Artikel Berkaitan: