Idris setia bersama UMNO, PN

Idris Jusoh - Foto: Facebook Idris Jusoh
Idris Jusoh - Foto: Facebook Idris Jusoh
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menafikan dakwaan sebuah portal yang menyenaraikannya sebagai antara ahli Parlimen yang memberikan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pembentukan kerajaan baharu.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut menegaskan, beliau masih setia dan kekal bersama UMNO serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen BN (Barisan Nasional) yang menyokong Anwar.

"Saya tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Anwar," katanya dalam satu kenyataan kepada media, malam tadi.

Berdasarkan laporan sebuah portal, seramai 19 ahli parlimen UMNO yang menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar

Selain Idris, ia turut menyenaraikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk); bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Pekan); Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian)

Turut disenaraikan ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) ; Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) ; Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak).

Selain itu, Ahli Parlimen Kinabatangan; Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Ahli Parlimen (AP) Kimanis, Datuk Mohamad Alamin; AP Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin; Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands) dan Datuk Hasbullah Osman (Gerik).

ARTIKEL BERKAITAN: Najib beri respons sinis terhadap dakwaan sokong Anwar jadi PM

Tiada siapa hubungi saya tentang sokong Anwar: Noh Omar


Ahli Parlimen Parit nafi sokong Anwar seperti senarai tular

Artikel Berkaitan: