Nurul Izzah ingatkan Guan Eng jangan langgar semangat setiakawan

Kenyataan Nurul Izzah di Twitternya hari ini mengkritik tindakan Guan Eng berhubung calon perdana menteri pilihan sekiranya PH kembali menjadi kerajaan.
Kenyataan Nurul Izzah di Twitternya hari ini mengkritik tindakan Guan Eng berhubung calon perdana menteri pilihan sekiranya PH kembali menjadi kerajaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengkritik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai calon perdana menteri pilihan sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan.

Menerusi kenyataan di Twitternya, Nurul Izzah berkata, fokus parti ketika ini ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan bukan berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan.

"Fokusnya Pilihan Raya Negeri Sabah, bukannya berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan," katanya hari ini.

Guan Eng dalam satu wawancara semalam berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi pilihan beliau sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH kembali menjadi kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun jelasnya, Anwar masih menjadi pilihan pertama, namun Presiden PKR itu perlu memberikan laluan sekiranya Mohd Shafie mendapat sokongan lebih banyak.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar, Shafie calon Perdana Menteri: Guan Eng

Artikel Berkaitan: