Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berharap Arab Saudi akan menyertai perjanjian sepakatan yang diumumkan minggu lalu oleh Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menormalkan hubungan diplomatik dan menjalin hubungan baharu yang luas.

“Saya berharap,” jawab Trump ketika ditanya pada sidang media White House sama beliau juga mengharapkan Arab Saudi menyertai perjanjian itu.

Di bawah perjanjian itu, yang mana Trump bertindak sebagai broker, Israel bersetuju untuk menangguhkan penggabungan wilayahnya di Tepi Barat yang diduduki.

Perjanjian itu juga mendorong penentangan terhadap kekuatan Iran, yang dilihat oleh UAE, Israel dan Amerika Syarikat sebagai ancaman utama di Timur Tengah.

Dalam komentar rasmi pertama Arab Saudi sejak perjanjian itu diumumkan, Menteri Luarnya berjara kerajaan Sunni tetap komited untuk berdamai dengan Israel berdasarkan Inisiatif Damai Arab 2002.

Arab Saudi, yang tidak mengiktiraf Israel, membuat inisiatif yang mana negara-negara Arab menawarkan untuk menormalkan hubungan dengan Israel sebagai kesepakatan kenegaraan dengan Palestin dan penarikan Israel sepenuhnya dari wilayah yang ditawan pada tahun 1967.

Sebelumnya dalam sidang media, Trump menyifatkan perjanjian UAE-Israel adalah baik.

“Negara-negara yang anda tidak akan percaya akan terlibat juga mahu membuat perjanjian itu,” kata Trump tetapi tidak menamakan negara lain selain Arab Saudi.

Trump juga mengatakan UAE berminat untuk membeli jet F-35 buatan Lockheed Martin Co, yang telah digunakan Israel dalam pertempuran.

“Mereka mempunyai wang dan mereka ingin membeli beberapa F-35,” kata Trump. – MalaysiaGazette