Elfira Doakan Sufian Menang AJL, Ini Respon Tuan Punya Badan



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Penyanyi Sufian Suhaimi tidak memandang negatif tweet yang dimuat naik oleh bekas tunangnya, Elfira Loy. Menerusi laman Twitter, Elfira mendoakan agar Sufian memenangi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) dan semoga dengan kemenangan terbabit, 'derita' dan penceritaan Sufian akan habis.


"Terima kasih kerana mendokan saya, mendoakan yang baik-baik. Saya rasa niat itu bagus untuk mendoakan kebaikan saya.

"Tiada apa yang silap pun mengenai tweet itu. Tapi, ada banyak lagi komen positif saya dapat malam ini.

"Bukan sahaja dari kalangan netizen, saya juga mendapat pujian dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Perkara terbabit lebih menarik perhatian saya untuk saya fikirkan sebelum tidur malam ini," katanya yang ditemui usai AJL 33 berlangsung.

Sufian berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik AJL 33 menerusi lagu terbabit.

Menggunakan props seperti pelamin, tirai putih dan lampu chandelier, timbul dakwaan mengatakan peralatan yang digunakan oleh Sufian seakan sama dengan pelamin perkahwinan Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar.

Elfira pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sufian dan bertunang pada 6 Oktober 2017. Hubungan itu tidak panjang dan berakhir pada 18 Februari 2018. Akhirnya, Elfira melangsungkan pernikahan dengan Faris pada 1 Januari lalu di Cyberjaya.

Sumber : AstroGempak

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Moga kejayaan ini menyuntik semangat untuk Sufian terus berkarya.

    ReplyDelete
  2. Both of them should move on walaupun sakit..huhu

    ReplyDelete
  3. macam2 cerita pasal sufian dan elfira..korang berdua sudah sudahlah berdrama di media sosial ni

    ReplyDelete
  4. dah tak ada jodoh..begitulah..Tahniah Sufian..hebat tu

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post