Dua buruh disyaki positif dadah ditahan

0

LAWAS: Dua buruh dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan di dua kawasan berasingan di daerah ini kelmarin

Suspek lelaki berusia 41, dari Sipitang Sabah ditahan di sebuah rumah di Kampung Temanggis manakala seorang lagi suspek lelaki 29 ditahan di Sundar.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kedua-dua suspek didapati positif Methapetamine dan Ampethamine selepas ujian saringan awal polis dilakukan ke atasnya.

“Selain itu kita juga berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 0.3 gram,” ujarnya lagi.

Kes terbabit katanya akan disiasat dibawah  Seksyen  15(1) (a) ADB 1952 dan Seksyen 12 ADB 1952.

Dalam kes berasingan tiga penganggur, seorang penjaga kedai dan seorang buruh, kesemuanya lelaki diberkas kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Suspek berusia 26 hingga 37 ditahan Ahad lepas dalam kawasan berasingan di bandar ini.

Abang Zainal menjelaskan kesemua suspek juga  didapati positif Methapetamine dan Ampethamine selepas ujian saringan awal polis dilakukan ke atasnya

Siasatan kes dilakukan oleh Inspektor Zulpaka Aidiee dengan semua suspek masih ditahan di Balai Polis Daerah Lawas dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen  15(1) (a) ADB 1952.

Beliau menegaskan operasi berterusan akan diteruskan bagi memerangi jenayah penyalahgunaan dadah.

Operasi katanya dijalankan dari semasa ke semasa  bagi memastikan kegiatan jenayah dapat dibendung dan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat amatlah dihargai sebagai komuniti benci dadah.