30 motosikal berkuasa tinggi sertai Kembara Maal Hijrah

0
LEPAS: Abang Johari ditemani tetamu kehormat lain mengibar Jalur Gemilang dan Sarawak sebagai simbolik pelepasan Kembara Maal Hijrah 1437H di Masjid Jamek, Petrajaya semalam.

LEPAS: Abang Johari ditemani tetamu kehormat lain mengibar Jalur Gemilang dan Sarawak sebagai simbolik pelepasan Kembara Maal Hijrah 1437H di Masjid Jamek, Petrajaya semalam.

KUCHING: Sebanyak 30 motosikal berkuasa tinggi menyertai program Kembara Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1437H yang menjelajah Sabah sehingga Kuching akan bermula pada 9 hingga 14 Oktober ini.

Majlis pelepasan kembara anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) itu disempurna Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di pekarangan Masjid Jamek, Petrajaya di sini semalam.

Program kembara itu memulakan perjalanannya dari Masjid Sahabat Sindumin, Sabah ke Masjid Jamek, Petra Jaya dan peserta kembara akan berhenti di empat lokasi iaitu Masjid Daerah Lawas, Masjid At-Taqwa Miri, Masjid An-Nur Sibu dan Masjid Daerah Serian.

Di setiap lokasi persinggahan itu, program keagamaan berkaitan pengertian hijrah akan dianjur bagi mengukuhkan lagi silaturahim masyarakat Islam di negeri ini.

Hadir sama pada majlis pelepasan itu semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar Datuk Julaihi Narawi dan tetamu kehormat lain.