Jumlah mangsa banjir di Sarawak turun, Kelantan dan Perak kekal

0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,631 orang berbanding 6,344 malam tadi manakala di Kelantan dan Perak, jumlah mangsa kekal seperti yang direkodkan malam tadi iaitu masing-masing 255 dan 77 orang.

Di SARAWAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata jumlah

pusat pemindahan yang dibuka kekal 38, namun Miri menjadi bahagian terbaharu yang menyaksikan satu pusat pemindahan dibuka di kawasan Long Panai pagi ini untuk menempatkan 31 mangsa.

Beliau berkata Kuching kini merekodkan 3,122 mangsa, Samarahan (1,184), Limbang (1,226) dan Mukah (68).

Di SABAH, pusat pemindahan di daerah Tenom telah ditutup pagi ini.

Jumlah mangsa di daerah Membakut meningkat sebanyak 790 orang daripada 231 keluarga berbanding malam tadi iaitu 332 orang, diikuti Beufort dengan 706 orang daripada 243 keluarga dan Sipitang sebanyak 60 orang daripada 13 keluarga.

Di KELANTAN, Jurucakap MKN Kelantan berkata sehingga pukul 8 pagi ini, 255 mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid ekoran rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir yang berlaku bulan lepas.

Di PERAK, terdapat 43 mangsa di Perak Tengah dan 34 di Hilir Perak.– BERNAMA