Tujuh zon kesihatan dibangunkan di Sabah

0

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan akan membangunkan tujuh zon ke-sihatan di Sabah bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata zon ber-kenaan iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Beaufort, Sipitang, Keningau dan Kota Marudu akan menjadi pusat rujukan kesihatan mengikut kepakaran tertentu.

“Di setiap zon akan dibangunkan kemudahan kesihatan supaya berfungsi memberi rawatan secara umum dan mempunyai kepakaran ter-tentu,” katanya selepas me-lawat Hospital Queen Elizabeth 1 di sini semalam.

Dr Subramaniam berkata ia juga bagi mengurangkan kepadatan pesakit yang tertumpu di hospital di Kota Kinabalu selain meningkatkan perkhidmatan dan keselesaan kepada seluruh rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri dan pusat akan bekerjasama untuk menambah pembangunan kesihatan di kawasan terbabit terutama dari segi kemudahan infrastruktur dan membekalkan tenaga manusia termasuk doktor pakar yang mencukupi bagi menguruskan zon ke-sihatan itu.

Dr Subramaniam berkata Sabah kini mempunyai 700 pegawai perubatan dan masih memerlukan sekurang-kurangnya 600 pegawai per-ubatan termasuk doktor pakar dan pegawai kesihatan.

Katanya kementerian itu akan berbincang dengan wakil Kementerian Pendidikan untuk menawarkan kursus sains perubatan di Sabah seperti program perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Berhubung peraturan untuk mengenakan kos perubatan kepada warga asing di klinik dan hospital kerajaan tidak lama lagi, Dr Subramaniam menyifatkannya sebagai cabaran baharu bagi menangani isu itu selain kerjasama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

“Mereka hanya perlu ‘clear card’ dan ia akan menjadi cabaran bagi menentukan kategori mereka, sama ada dikenakan bayaran atau tidak dan di Sabah tidak menjadi masalah. Untuk pelancong tiada hospital tertentu dikhaskan untuk perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan blok menara kembar Hospital Queen Elizabeth 1 yang bernilai RM485 juta termasuk kos peralatan berjumlah RM120 juta itu kini siap 98 peratus yang dijangka beroperasi Jun ini.  — Bernama