Pejabat SESB Beaufort mula beroperasi seperti biasa

0

BEAUFORT: Pejabat Kawasan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Beaufort yang sebelum ini ditutup akibat banjir pada hari Jumaat (14hb Februari 2014) yang lalu kini mula beroperasi seperti biasa bermula pada Isnin, 17hb Januari 2014.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Muhamad Nazri Pazil, Bilik Gerakan Banjir SESB yang dibuka di daerah Beaufort, Tenom, Keningau dan Sipitang juga ditutup setelah keadaan semakin pulih.

“Bagaimanapun, pihak SESB masih lagi memantau status bekalan elektrik 24 jam sehari di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya,.

Beliau berkata, para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi talian Hotline SESB di 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka masih tiada bekalan elektrik.

Sebelum ini katanya, kejadian banjir memaksa SESB membuat penutupan sementara bekalan elektrik kepada hampir 5,000 pengguna atas sebab-sebab keselamatan setelah air banjir mula menenggelami pencawang (substation), talian serta pepasangan elektrik yang lain.

“Kejadian banjir besar ini juga mengakibatkan banyak pepasangan elektrik milik SESB mengalami kerosakan dan perlu diganti atau diperbaiki di mana ianya telah dilaksanakan sebaik sahaja keadaan selamat dan mengizinkan.