Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 6, 2013

Ada Kesungguhan Di Pihak Deepak Dan Sakit Bagi Najib Tetapi......

Pendedahan ini agak menyakitkan Najib dan kerajaan
Tapi beranikah Deepak untuk mengorak langkah seterusnya?

Dan agaknya apa kata Zahid?
Dengan sifat angkuh dan sombong Zahid, saya percaya dia tidak akan melakukan apa-apa
Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya
Abdul Rahim Sabri
  • 2:18PM Feb 6 2013

Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menarik semula saman ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berhubung urusniaga tanah berkenaan.

"Saya berharap Datuk Seri Zahid dapat menarik balik tindakan (mahkamah) terhadap Rafizi. Beliau tak tahu apa pun.

"Apa-apa tindakan (sepatutnya) dikenakan terhadap Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.

Tapi hasrat Deepak ini agak meragukan
Akan bersetujukah AG bila berada di bawah tekanan?
Sikap AG selama ini yang kita sedia maklum!
Tanpa perlindungan undang-undang yang memangnya di tangan AG, apa yang PAS boleh buat?

Deepak kata akan mohon perlindungan dari AG
Abdul Rahim Sabri
  • 3:11PM Feb 6 2013

Saudagar karpet Deepak Jaikishan berkata beliau akan memohon agar peguam negara memberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 apabila beliau mendedahkan kes penyelewengan melibatkan pemimpin negara kelak.

Deepak berkata, beliau memutuskan demikian selepas dinasihati para pemimpin PAS yang ditemui dalam satu perjumpaan di pejabat agung parti itu hari ini.

Katanya, pemimpin berkenaan juga memberitahunya bahawa beliau tidak memerlukan jaminan imuniti daripada kerajaan memandangkan keselematan saksi sudahpun terjamin dalam peruntukan tersebut.

"Saya meminta pertolongan daripada PAS kerana saya tidak akan mendapat apa-apa pertolongan bawah kerajaan Najib.

"Saya mengikut cadangan yang telah diberikan. Saya akan menulis surat kepada peguam negara, dan harap beliau akan menjawab serta merta," katanya dalam sidang media.

Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, peguam Asmuni Awi, Penolong Setiausaha Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata Deepak secara automatik akan gugur status sebagai pemberi maklumat sekiranya membuat pendedahan tersebut kepada umum.

Katanya, akta berkenaan hanya memperuntukkan perlindungan sekiranya saksi memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau kepada polis.

2 comments:

  1. Mahfuz nie dah tak de kerja sangat ke?... dia boleh handle ke kes-kes begini? kalau Rafizi, mungkinlah...

    lagipun... bagi saya, macam nilah, kita tengah main bola... kita dah leading 4-0 and masa tu pun dah stoppage time... apakah perlu kita bawa masuk golly baru yang entah terer ataupun tidak... dari boleh menang 4 - 0, kalau tak kalah pun, mungkin kita akan hanya menang 4-2...

    COBOL

    ReplyDelete
  2. Anon 4:59 PM

    Yang musykilnya apakah jaminan yang dia boleh janjikan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa